Wednesday 10 April 2013

DALAM HIDUP NI.....

Dah lama sangat tak update blog ni... Dah banyak sarang labah-labah....huhuhu tak kiralah ada orang baca atau tak.... Niat menulis blog ini adalah untuk meluahkan apa yang kita rasa dalam bentuk penulisan....

Banyak cara sebenarnya nak meluahkan perasaan ini... Tapi ikutlah lain padang lain belalangnya,,,

Sebenarnya kan dalam hidup ni kita selalu keliru dengan apa yang kita buat...itu aku tapi tak tahulah orang lain kan...kita boleh tipu orang tapi BUKAN DIRI SENDIRI.... cuma kita dan Allah sahaja yang tahu apa yang sebenarnya kita rasa...

DALAM HIDUP NI kadang-kadang kita perlu menyimpan sesuatu untuk diri sendiri....maksudnya tak perlu semua diceritakan...tapi MASALAHNYA kalau semua benda kita simpan tiba-tiba muncul isu entah dari mana-mana macam mana?

Manusia bisalah sentiasa dengan ego akan berkata AKU RASA AKU TAK PERLU JELASKAN DEKAT   ORANG LAIN ASALKAN AKU TAHU APA YANG SEBENARNYA TERJADI...... yes kau boleh simpan ketat-ketat tapi sampai bila? sampai semua orang dah menyampah dengan kau atau sampai family kau tahu?

TAPI.....

Ada tapinya.... kalau semua benda kau nak cerita susah la jugak macam tu.... sebab tu aku cakap DALAM HIDUP NI ada benda yang perlu cerita dan ada benda yang perlu simpan....kau boleh bercerita untuk menjelaskan sesuatu perkara atau memberi maklumat tambahan tapi kalau 365 HARI kau cakap dan ulang perkara yang sama tak ke bosan?? kalau kita sendiri la orang tu tiap-tiap hari datang cerita benda yang sama kita pun akan rasa PERLU LA KAU NAK ULANG BENDA YANG SAMA HARI-HARI KAN......

DALAM HIDUP NI kita tak boleh bergantung sangat dekat orang mahupun tak nak mengharapkan orang lain langsung....cuba fikir kalau si A hari-hari mintak tolong kau jawabkan semua soalan untuk dia dan dia langsung tak ada usaha untuk memajukan diri apa yang kita akan rasa???  RASA MACAM NAK BAGI PENAMPO PUN ADA JUGAK KAN.... dan disebabkan kita selalu bergantung dengan orang nilah kita takkan mampu berjaya sampai bila-bila sebab kita tak rasa kesusahan untuk mencapai kejayaan tu...

Sebaliknya kalau kita tak nak mengharapkan orang lain atau kata lain tak percaya dengan kemampuan orang lain...yes fine it is good kau rasa confident dengan sendir dan itu HANYA BAGUS UNTUK BEKERJA SECARA INDIVIDU...tapi macam mana kalau bekerja dalam kumpulan? takkan semua benda kau nak buat sebab kau tak percaya orang lain dan dalam masa yang sama kau sebenarnya menjatuhkan ahli kumpulan kau yang lain dengan MEMANJAKAN mereka dalam cara yang kau sendiri tak sedar...

DALAM HIDUP NI kita tak boleh sentiasa rasa orang selesa dangan kita...Tapi kalau betol orang sekeliling rasa selesa dengan kita dan cara kita baguslah... contohlah kalau kita dapat rasakan orang dah mula menjauhkan diri cuba kita fikir balik apa masalahnya apa puncanya kadang-kadang TANPA KITA SEDAR MASALAH ITU SEBENARNYA BERPUNCA DENGAN DIRI KITA SENDIRI...sebenarnya kita takkan rasa apa yang buruk dengan diri sendiri dan orang lain yang dapat rasakan terutamanya orang yang dekat dengan kita contohnya kawan.... KITA KENALAH TERBUKA DAN TERIMA SEBARANG KOMEN DENGAN HATI TERBUKA....macam orang cakap KITA KENA TELAN WALAUPUN SEBENARNYA KEBENARAN TU SANGAT PAHIT....

Walaupun ego atau rasa bangga itu yang sebenarnya membantu kita untuk sentiasa berada di atas selama ini ia merupakan bantuan yang sangat tidak bagus sebab suatu hari nanti kita sendiri tak dapat kawal rasa tu dan dia akan menguasai kita secara holistik ataupun sepenuhnya...

DALAM HIDUP NI KITA KENA SENTIASA MERENUNG SEKEJAP APA YANG KITA DAH BUAT APA YANG KITA SEDANG BUAT DAN APA YANG KITA AKAN BUAT...

sekian....selamat malam semuanya :)

-akuadalahaku-

No comments:

Post a Comment