Saturday 13 April 2013

AKU TAK MINTA....

AKU TAK MINTA selautan emas untuk kau menunjukkan yang kau menghargai aku...

AKU TAK MINTA segunung janji untuk kau buktikan yang kau menghargai aku...


AKU TAK MINTA juga segenggam permata untuk kau buktikan yang kau menghargai aku...


AKU TAK MINTA bulan dan bintang untuk merasai rasa itu...

apa yang aku mahukan cumalah sedikit rasa prihatin

                                          dan

secubit perhatian cukuplah untuk buat aku terasa dihargai...

p/s: walaupun merasakan memulakan sesebuah perbualan dengan soalan yang sangat random sangatlah pelik namun ia kadang-kadang perlu untuk tidak menunjukkan jurang itu...

NAMUN.............

perlukah aku menjadi orang lain agar kau lebih selesa?

perlukah aku mengubah segalanya untuk membuat kau bahagia?

perlukah aku menabur janji yang belum pasti aku tunaikan untuk membuat kau rasa gembira?


CINTAILAH aku kerna siapa diri aku

SAYANGILAH aku dengan apa adanya aku

RINDUILAH aku sepertimana aku merinduimu

KERANA AKU ADALAH AKU

Tapi jangan pernah meletakkan aku sebagai yang utama kerana tempat yang utama hanyalah untuk ALLAH S.W.T


-akuadalahaku-


No comments:

Post a Comment